Station 21 Sizzling Steak Bangsar bukanlah restoran steak biasa..
Ada pelbagai jenis menu steak macam Sirloin, Ribeye, Fillet Steak, dan banyak lagi! Confirm korang takkan menyesal cuba!
Lagi-lagi kalau korang semua memang jenis foodie, boleh la masukkan restoran ni dalam bucket list foodie 2021 korang!
Steak dengan harga yang berpatutan di KL

Harga bukanlah sesuatu aspek yang perlu korang risaukan kalau makan kat sini.
Sebab semua item dalam menu Station 21, harga memang sangatlah berpatutan!
Bayangkanlah, mana nak dapat Ribeye Steak harga bawah RM50 sekarang ni? Best kan?
Untuk Steak yang juicy macam ni.. Dengan harga yang mereka tawarkan, memang berbaloi!
Station 21 kaya dengan sejarah dan resepi

Station 21 beroperasi sejak awal 90-an lagi, dan dianggap sebagai salah satu restoran steak yang terkenal di KL.
Dengan pilihan yang terhad pada tahun 1993, dua rakan baik, Shamsul Baharin Ismail, atau lebih dikenali sebagai Rod dan arwah Syed Zaidi Syed Zainal, juga boleh dikenali sebagai Chef Boe memutuskan untuk membuka restoran steak yang mampu dinikmati oleh ramai.
Kalau siapa yang dah banyak kali makan kat sini, korang mesti kenal punya lah chef-chef ni.
Dengan pembukaan semula restoran steak Station 21 tahun lepas, apa lagi.. Jom lah kita support!
Apa yang paling best kat Station 21 ni?

Dah nama pun kedai Steak, mesti lah steak Station 21 ni yang paling sedap!
Tapi, kitaorang nak recommend apa yang korang patut cuba..
Ni adalah beberapa best seller di Station 21:
- Lamb Chop
- Steak (with broccoli and carrot)
- Ribeye Steak
Bukan peminat Steak?

Jangan risau, selain steak, Station 21 ni ada macam macam lagi..
Dengan pandemic yang melanda, restoran steak lokal di Bangsar ni membuat inisiatif untuk pelbagaikan lagi menu mereka.
Ada Fish ‘n’ Chips, Pasta, Grilled Chicken, dan banyak lagi makanan yang disukai ramai!
Makanan kat Station 21 ni semuanya lazat-lazat berlaka!
Lihat menu penghantaran Station 21 di sini: station21sizzlingsteak.beepit.com
Adakah Station 21 disahkan Halal? Ya
Lokasi: Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12pm – 7pm (Isnin-Sabtu)
Ikuti Station 21 di Facebook
Teringin makanan sedap dihantar ke rumah anda? Beep je!

